1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila
berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki
mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang
dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada
individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita
ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan
bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang
kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu
minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa
menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati,
renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk
memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini
perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada
bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas
kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah
ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang
pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan
tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan
belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik
perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang
terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang
rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.
Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual
dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam
pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu
baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa
yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros
di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu
titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu
sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu
memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan
biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah
mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu
agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu
hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang
penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan
beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang
mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di
samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta
mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di
meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula
dengan kamu!
tu diaa sejak ble ntah ak mandai nk tulis bagai2 nie.. xtau le pe kenenye ak.. mabuk agak nye..